Wednesday, December 31, 2008

yang tak berapa nak indah



Hi u ols. hows ur day so far? hope u are doing great. korang nak tau tak ape jadi pada i semalam?masa balik as usual la kuar office around 540pm and dpt naik lrt ke kl sentral around 6.by the time i kuar dari lrt, i dengar announcement "train ke pelabuhan klang akan tiba sebentar lagi di platform no 5"

 
dalam hati berkata "wow! tak pnah dpt naik train kul 610. ada chance baik ni" daku pun terus berlari lari anak kuar dari tempat lrt dan berlari ke platform no 5. sampai je tgk train mmg dah ade. tiada org di depan pintu
penat ku lari skali sume pintu pun penuh. PACKED!
 
cis serupa tapayah lari. kene gak naik train 625.sudah la suwey. skali baru pasan baju ku basah di blakang.
akibat peluh berlari lari ayam tuhadoii. ilang kecomelan dan keayuan. salah baju la pakai. confirm pasni baju ini akan di banned
 
setelah dpt naik train 625. mesti la muka2 dlm tu familiar kan?dah ater, hari2 naik train waktu. kira dah booking la.ada la satu guy ni yang i label "Mr.Wow"dia slalu naik train pagi2 with me dari klangand akan balik pun sama ke klang.
 
hari ni ada chance baik sbb dia duduk bertentangan dgn iwahhh rezeki. muka yang comel dan innocent tidak akan ku lepaskan begitu sahaja.
 
tiba2 tepon dia berbunyi.lalu dia menjawab. "halo" halo je yang daku paham.sebab yang lain sume bahasa philipines.SUNGGUH HAMPEH. ku kirakan melayu. hahahaha

tak dpt ku tahan gelakhanya mampu tersipu mcm org gila senyum sorang2. hahaha

Monday, December 29, 2008

A wedding

hello u ols. kembali lagi bersama cik nazla dlm ruangan merungut/merepek/membebel. mekasih pada yang membaca. yang dah lama baca, yang baru baca, semua sekali la ye.


korang buat apa weekend ni? ke sekadar merehatkan diri sambil melayan perkahwinan Mawi & Ekin tu? Hari ni pun cuti buat ape ye? Nazla? mengambil kesempatan berehat dengan bangun pagi kul 11.45am. PAGI lagi kan? hiks




Semalam pagi2 dah kena bangun. dah mcm hari bekerja tau. Actually, semalam cousin i nikah di Rembau, N9. kepada yang selalu baca. if saudara belah mak ni sbenanye sedara mara jauh gak la. sebab dah jadi 2nd cousin since mak naz anak tunggal. tapi ade la jugak yang kami rapat. so bila rapat, ni la time mak ku mengambil kesempatan nak berjalan. hiks. ampun mak.




sila abaikan objek berwarna hijau dlm kereta itu. barang wajib harus ku bawa jika jauh perjalanan hehehehe sendiri mau ingat la beb.




ntah utk keberapa kali nya kami harus memakai baju maroon ni. dengan alasan orang2 tua berkata "sebab semua orang dah ade baju ni. senang. tade sape nnt komplen tade baju" hala bawak2 la baju kaler lain. asal org kawen yang rapat je sume pakai baju ni. jom la cari baju lain oi. nak blog kan pun malu. baju sama, yang lain cuma pengantin je hahahahaha






Rembau kat mana? Ntah. hiks. abang yang bawak kete. saya tido je dlm kete. yang saya tau Jalan Masjid. huhuhu




cousin yang kawen ni nama nye Abang Eli. Ally? ntah la. kami panggey "dak eli" je. dah 30+ gak rasanya. menurut kata mak la. ni dah kira 2nd marriage for him. 1st for kakak tu la gamaknya. nama kakak tu Kurnia Sari. hah pelik? panggey Kak Nia. so tak la pelik




Abang Eli nye mak ayah dah separate tau. Both mak ayah dah kawen lain. Tapi alhamdulillah, bila dah makin "tua" ni tade la sengketa2 ni. semuanya baik2 belaka. even dulu masa ayah abang eli ni nak kawen, bekas isteri ni la yg pinang kan. kan bagus cmtu? bagus ke?




tapi kalo dah nama produk pak lang ku. sume nye lasak2 belaka. baik dari makcik ku, atau pun mak lang baru. hahahahha. ampun pak lang. mak dan ayah abang eli ni sbenanye sepupu. so kalo bercerai pun masih bersedara kan? so ke mana la sangat bole bergaduh.




Masa nikah ni kan, daku mmg pelik. ke mmg org N9 cmni atau pun tok kadi ni mmg pelik? cara dia lafazkan akad nikah tu mcm berirama sket. ye irama ok. mcm syair2 gitu nyebut nak nikahkan dikau dengan si polan ni dgn mas kawen bla bla





Sampai pengantin lelaki tekujat dan agak cemas. hahaha alhamdulillah setelah 2 kali lafaz, sah la mereka menjadi suami isteri. ceh ayat tak bole blah nazla. korang tgk gamba atas, bapak nye yg pakai baju itam blakang budak kecik pakai baju melayu. rock je kan pak lang? sampai org belah pempuan ingat yang baju merah bersongkok itam tu yang bapaknya. hehehe




ni la mak pengantin lelaki. yang berbaju maroon sebelah mak ngah ku yg berbaju ungu. kami panggey dia Mama. so takde la gelaran Mak Lang muda pada isteri pak lang skang hihi.




tadaaa!! ni la Kak Nia. ala cerita gaya ku mcm rapat sgt dgn dia. padahal ni ada la 3-4 kali jumpe. tapi dia mmg selalu ikut mana Mama pegi. gamaknye nak memperkenalkan bakal menantu .




bilik pengantin sesak siot. membuatkan daku malas nak menangkap gamba banyak2. cukup la bukti aku g umah org kawen. hahaha




Tau la n9, ade perpatih no 1. geng2 bangsawan suma la kan. Kawen pun baju kuning weh. hahaha hadoi. kami hanya mampu sengih2 je la. dah la panas terik sangat2. sinar saket mata pun ada. blasah la. Raja Sehari yang pilih. belom lg dia nye pelamin kaler oren. kenapa? ala tatau la.









ni pun pelik. apa la abang2 kompang ni. pakai baju cmni je. selama pegi tgk orang kawen, sume ade uniform, kalo tade pun paling kuat pakai baju melayu. ni lain plak. selamba beduk. pastu kan siap ada yang salah pukul hahaha. siap sorang sound "hah ke lauttt!!" ade ke? sila jangan amik abang2 kompang ni lagi oi.




ahhh ni la tabest. kami tak dpt makan adab2. cis. rugi2. sbb tempat limited. bagi la chance makcik2 terapat. kami makan je la di khemah rakyat jelata. hehehe.


lepas mintak diri dari kenduri. apa lagi, sume pakat nak pegi nilai square la nilai 3 la. apa lagi boronggggg! maap la tade gamba, tak kose la nak pegang. i sibuk shopping ok. hiks.


hah sape lagi nak kawen, bitau la. akan di usahakan. hehehe






P/s Salam Maal Hijrah 1430. Berhijrah lah jika diperlukan.

Friday, December 26, 2008

suwey tak suwey la kan

Hello u ols!!


yay dah weekend!!! ye saya keje hari ni ok. sila jangan membuat andaian yang semua orang akan bercuti hari ini. sebab hakikatnya SAYA BEKERJA.


Hari ni Jumaat kan? As usual lunch hour nye panjang dari hari2 yang lain. from 1230pm til 230pm. so kami yang interns ni decided to go to KLCC. memandangkan kami nak ke KLCC, saya kebetulan harus ke HQ company saya bekerja utk mengambil ATM card saya. so kami g naik shuttle company sahaja. free pun kan?


Sampai je bank company ni kan, dah katop. buka 2.30pm nanti. so kami yang berlima ni berjalan la dari Menara Etiqa ke KLCC. di KLCC kami berlima ni berpecah. 2 pempuan mau makan kat foodcourt. dua lagi mau KFC. satu lelaki ini harus la ke Masjid. hihi. kiranye sume balik sendiri2 kecuali saya berjanji dgn laki tu nak ke bank kul 230 nnt.


setelah di bank, kami mendapat panggilan dari 2 pempuan yang nak makan KFC tu, mereka ckp nak dtg ke menara etiqa. tak ke pelik? nape tak balik opis lg padahal dah dekat kul 2.45pm. skali bila sampai, sorang je yg ada. Biarlah ku gelarkan dia sebagai si A.


Kami bertanya, mana si F? si A kata dah balik. aik? pelik. kenapa si A tak ikot sama. Disinilah cerita suwey bermula.


Kos dari KLCC ke Masjid Jamek menaiki LRT hanyalah rm1.60. sume org ada touch & go sendiri. tp malangnya si A nye baki tinggal RM1.50. so dia kata nak beratur la beli tiket. skali mesin jual tiket yang available HANYALAH SATU. kaunter manual nye panjang gilaaaaa. tapi si A tak putus asa. beratur je la nak beli tiket kat machine.


alih2 nak dekat2 turn dia. tiket dlm machine tu habis. maka panjanglah beratur manual nye kaunter. hah korang mesti tny, nape dia tak topup je touch & go dia? si A pun terpk. dia g la kaunter topap touch. Sekali system down. tak ke haru?


Lalu dia pun berlari ke Maybank utk topap. skali syarat2 Maybank harus topap rm50 ke atas. padahal si A ni tade la duit cash sebanyak itu. sudahnya dia suruh la si F balik. dia pun jalan la kaki jumpe kami dan kami decided nak tunggu shuttle pukul 3.30.


balik je keje, sume muka buat tak paham. dah la lambat masuk keje kan? tp keje kami siap ok. bukan memain nye keje. dan kami balik lambat satu jam. yee, SAYA BALIK LAMBAT HARI NI. bangga tak?

Tuesday, December 23, 2008

2nd week



Hey guys! Hows ur weekend? great? btw, ade tak yang cuti this Friday? ye la dapat cuti dari Khamis sampai la Isnin. sape tak mau kan?


Remember dah janji nak citer pasal satu insiden dlm train? hah ni nak citer la ni. tapi dalam ringkasan je la ek.





Ada satu ptg, while beratur waiting for komuter kat KL Sentral ada la satu guy beratur beside i. Im not sure Malay or Singh. sebab rupanya mcm ada mix. I noticed that he is reading a malay novel cintan cintun ni. which i dlm hati ckp cmni "alamak! nape dia baca novel ni?"


well thats fine with me even nampak weird. but stil impressed la kan? then dlm train tu sangat la pack dengan org2. i berdiri sebelah dia and dia still reading the novel. so i asked "still wanna read the novel?" dengan muka macho nya dia jawab "ni la kehidupan. life goes on". hah pelik tak? takpe2, i assume dia tiru ayat dlm novel kot hehehe





sebelah dia plak ade la 3 little girls yang baru balik jalan2 i assumed. of course la cuti sekolah. so the man sambil2 baca tu tanya2 la budak2 tu since bebudak tu kecoh semacam. bese la baya2 cmtu la nak attention lebey. So the man tny la one of the girls about her age. so this girl ckp la dia 14. orang Taiping. dtg duduk umah cousin. yang lg 2 orang tu umur 15 and 12.


Laki ni dgn poyo nya berkata "mesti boring duduk Taiping kan? Tak mcm KL semua ada" HELLO!!! org KL pun dah pening duk KL. hahahahahah tu pandangan i la. but i diam je til la that guy tny i what i do for living. i just ckp im working.


so diorang pun borak2. i tak amik port sgt sbb train mcm sardin nak kenal kenalan? tak kose la. but i did heard about his age. dia kata dia 25. sampai je Subang Jaya this man kata nak kuar. bole tak dia mintak no tepon budak yg 14 ni???


sangat tidak ada moral ok. weh underage pun ko nak balun ke? toksah la nak ckp buat adik angkat ke nak tambah kenalan ke. come on la! UNDERAGE. mmg la budak tu tgh gatal2. ye la 14 tahun kan? ko yang dah 25 pun takleh pk ke?


this time i dah geleng pale. naseb la aku tade adik. kalo ade, aku rampas henpon2 ni. hahaha btw kembali pd cerita. selepas laki ni blah, one of budak 14 tahun ni nye kawan tny la kat dia "weh apsal ko bg no tepon btol? bg je la yg tipu?" naseb ade yg bole pk kan? tahu tak ape budak 14 ni kata?


"BIARLAH!! NAK TAMBAH KAWAN. APA SALAHNYA"


apa salahnya? BANYAK salahnya. kan? whats wroing with kiddos zaman skang? mau cpat jd dewasa? weh bukan best jd dewasa weh. tak best!! live life to the fullest sudey.






p/s gamba itu tidak ada kena mengena dengan insiden yang diceritakan ahahahaha




Thursday, December 18, 2008

lenguh part 2

Hey guys.


1st of all I would like to take this opportunity to wish congratulations to all my friends yang dah dapat result exam harini. kalau ada yang terkantoi satu dua paper tu, cuba lagi ok? I dah pnah rasa fail2 paper masa diploma dulu. not the end of world pun. TO SARIP, extra ordinary result. underdog sungguh kawan ku itu. diam2 je dekan. congrats girl.


2nd, CONGRATULATIONS to Leely, Nolie, Rena, Fizie and others yang dah secara official dah grad. convo nnt jgn lupa ajak ek? My result sangat2 unexpected. bukan i tak bersyukur. cuma i expect higher. cmni rupanya bila kite expect higher in academic. dulu masa diploma, lulus je dah ok. skang ni bila kita rasa kita bole, tapi result nya macam hampeh, sangat2 disappointed.


ada 2 subject yang i aimed A since i know the lecturer and the lecturer pnah ajar i last few semesters. unfortunately, masa akhir2 sem hari tu, dia kena strok and sampai skang stil in coma kat HKL. which i tak salahkan dia bila bukan dia yang tanda both papers. but TAKDIR kot. satu paper fully presentations i dpt B which takpe la, i bukan bagus sgt in presentation kan? but satu lagi paper was calculation. and guess what! i dapat C ok. bukan C plus. sikit lagi nak fail!!!! and kawan2 lain dpt B. macam tak percaya gila2. shud i mintak paper tu ditanda semula? i sangat2 kecewa. if i mintak re-mark my paper, takot lecturer yg tanda rasa i cabar kredibiliti dan ketelusan dia. tp i dpt C? tidaaaaakkkkkkk!!!




p/s i ada cerita nak beritahu about once incident dlm train. tapi lain kali ye. sila la bagi pendapat shud i mintak re-mark paper ke tak.

Tuesday, December 16, 2008

lenguh sungguh



Hello u ols. Today is my 2nd day working as an intern at Kuwait Finance House, Wisman Char Yung. ala area2 jakel la kalo lebey senang.


Semalam dan hari ni tak de keje langsung except baca all features about their products. Hari ni kan u ols, hari pertama I naik komuter dan putra lrt setelah bertahun meninggalkan dunia public transport.


ingat tak kasut g interview aritu? smalam pakai tu tau, tanpa membawa sandal ke ape. naik lenguh kaki ni pakai dari pagi hingga ke ptg. ye la tinggi la jugak utk daku yang tak bese ni. naseb smalam driving weh. kalo naik public transport, ade yang aku bukak kasot dlm train. so oleh krn naik train arini dtg pakai sandal je. kasot bawak dlm beg tinggalkan kat opis jek. huhuhu bijak2. kire dlm opis saya pakai la kasot tu.




dalam kul 12 cmtu orang2 IT datang bawak pc. yay! sila amik perhatian. cpu saya cap IBM, monitor cap DELL, keyboard cap HP. ala lupa lak tgk mouse nye hehehe. dah ade email sendiri ok. line tepon je lom dipasang. hehehe




oleh kerana intern lain sume dah buat keje yang praktikal nya. saya masih disuruh membaca theory part. so ni la serba sedikit. kalkulator guna lg u ols. dah masuk dlm kotak dah. ye la ingat dah abes blaja. hahaha




Team department ni kan amik 4 interns tau. tp sume duduk agak tidak setempat. cuma saya duk ngan org atas ni. dia orang UiTM Melaka. tak banyak cakap. lembut je orangnya.




Hah. bukti saya naik train okek. tapi ni dah kat subang jaya dah pun. baru la tau betapa padatnya lrt dan komuter time peak hour ni. pagi td pun dah jd sardin, ptg apetah lg. paut mana sempat je la. Time ni la rasa mcm nak bawak beg skola je dari handbag. senang nak pikul weh.


hati ni masa masuk je komuter nye station, dup dap dup dap. ye la kot salah platform ke salah train ke. berkali kali aku tny orang sekeliling nak make sure. ahhh dulik ape. malu bertanya sesat jalan. tak kose aku nak sesat2. hehehehehhehe


lenguh btul kaki ni berdiri, berjalan dari masjid jamek ke opis, bejalan nak lunch ke area semua house tu. tgk la berapa lama bertahan.






Thursday, December 11, 2008

I am Happy =)



Hi u ols. Today I went for an interview at Kuwait Finance House at Menara Etiqa, KL. Yes, i am quitting my current job at Pos Malaysia. why? sila scroll di bawah2 punye entry.


Alhamdulillah. Ive accepted the offer and will start working as an intern next Monday. I will be in KFH at Menara Char Yok area Masjid Jamek.


Skang, plan naik komuter then star lrt. tapi tengok la sampai bila larat kan? dah la musim hujan je. lepas sampai lrt, ade la about 10minutes walking baru sampai office.


Hopefully this one akan berjalan dengan lancar. Amin.

Tuesday, December 09, 2008

the decision

i've made my decision
saya tak mahu kerja disitu lagi

Wednesday, December 03, 2008

3rd day

Hello friends! How r u doing?


I had my rough day yesterday and agak rasa2 nak mengeluarkan air mata tu mmg dah ada tapi berjaya ditahan dengan menggunakan masa rehat dengan mengecop surat dengan sekuat hati.


Macam2 perangai orang yang bole dijumpai kerja kat kaunter ni. Sabar je la yang mampu. Dengan si bos (kerani je sbenanye tp berlagak mcm bos) tetibe mc. terkial kial la daku buat keje, dengan surat bagai nak gila datang, parcel, pos laju bla bla. kira balik je rumah terus tido sebab tanak tension2.


So hari masa breakfast kat rumah, i ckp ngan mak "adik bg peluang seminggu dua ni cuba kat tempat skang, agak2 nnt tak bole jugak, nak try mintak tuka department. if takleh, tuka je tempat praktikal". Bukan apa, sometimes mcm tak related pun ada. tapi ni la intern kan?


Hari ni i pergi kerja mengharap i akan lebih tabah. As i entered the office, si bos tu terus ckp "ela, arini ko tapayah kerja kaunter. buat register je" Hah lagi senang. scan masuk pc je. bukan banyak sgt pun kan. kire mmg relax la kerja ku.




Ni kan surat EON tau. surat diorang nye penyata utk government nye employers yang amik loan beli kereta Proton tu. korang nak tau apa kena buat dengan surat ni? Jgn terkejut tau...




Kerja berikutnya ialah melipat penyata ni, masukkan dalam sampul dan gam. hahaha. lawak gila ok. kan main pemalas lagi EON ni. upah la pekerja buat. ala tak la kire malas, kire diorang banyak duit la sbb upah pos kan? penyata ni bukan nye sehelai satu sampul tau. dia bg sebundle, u kena asingkan. ade yang 11 mukasurat, ada yang 1, ade yang 2. kire tgk la alamat tu.




Memandangkan sbenanye ni kerja abang dan kakak posmen, tapi mereka sibuk dengan kerja lain, i tolong la. bukan ape, lagi seronok buat ni dari tgk muka si bos. hihihi. tayah tgk public, tayah kelam kabut tgk duit ribu2, tayah tension2.


As a conclusion, hidup saya hari sangat relax. thanks.


Monday, December 01, 2008

my very 1st day

Hallo uols. Today is my 1st day as an intern at Pusat Business, Pos Mail Centre at Bukit Raja, Klang. mesti ramai mau tau cmne kan? (ramai ke?). Well i must say dari semalam nervous tu ada. sampai drive pagi td pun rasa resah semacam.


Alhamdulillah my 1st day went well. Tak la kata BEST GILA. tapi not so bad. Banyak kerja i buat arini. Yes, kalo ada org terpk "eh dia ni keje cop stem ke?" ye tepat sekali. tapi bukan la cop stem mcm yg korang pk tu. ni yang jenis datang bundle and besar2. takpun cuba korang pk kan mcm bil2 tnb yg tertunggak ke, bil tepon ke, takpun catalog2 korang tu. hah diorang la cop. saya tolong la sikit2. tapi lebey nye saya duduk kaunter.




kaunter ni kan tempat pembayaran la untuk company2 yang hantar surat sekaligus. ada certain company secara hutang, ada yang cash. kalo yang hutang tu bleh key in data nya time2 tak busy. tapi kalo yang dtg on the spot, harus la berpinau mata tgk duit 2-3 ribu kan? (walaupun dulu cecita nak keje cashier hahahahaha).




apa korang expect bila 1st day keje? bergaya? well mannered, kemas sume la. so dgn poyonya saya dtg pakai wedges yang agak la 3 inci. awak tahu kan saya tak biasa. keje saya plak menuntut berdiri lebey. ye la, nak tampal stiker poslaju lagi. nak susun2 lagi. nak masukkan kad krismas la. so agak la lenguh kaki.


oleh itu, lunch saya yang ditetapkan 1.30 - 2.3o itu saya penuhi dengan mengunjungi jusco bukit raja lalu memberi sandal di atas. yay! selesa dan mudah bergerak. baru la tambah produktiviti hihihi. tapi yang tak bestnya bole kua lunch sorang2 at one time sbb takleh tinggalkan opis tu. so jawapannya, SAYA LUNCH SORANG2 HARI NI. rupenye tak la teruk sangat rasa nya. hehehe


ok la. jumpe di lain entry ya